Friday, November 12, 2010

Organisasi PSSGM Miri 2010/2011

MESYUARAT PENUBUHAN AJK PSSGM MIRI 
 
Pada 31 Ogos 2010/ Selasa/21 Ramadhan 1431H yang lepas, organisasi PSSGM Miri telah dibentuk sekaligus mengembangkan sayap PSSGM di Bumi Kenyalang ini. Alhamdulillah. Berikut merupakan senarai ahli yang akan menerajui kepimpinan PSSGM Miri.

Pengerusi: En Abdul Azami
Naib Pengerusi: En Hazimin
Setiausaha: En Mohamad Faizie
Bendahari: En Hazrul
AJK:
  1. En Yunus 
  2. Cik Siti Aminah 
  3. Pn Norazliza 
Majlis berbuka puasa turut diadakan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli. Antara perkara yang dibincangkan:
  1. Pengenalan kepada Organisasi PSSGM Kebangsaan dan PSSGM Negeri Sarawak bertujuan supaya ahli-ahli mengenali saf kepimpinan di peringkat atasan/kebangsaan.
  2. LatihanSilat- Gelanggang SMK Riam mula beroperasi pada bulan Ogos 2010, setiap hari Sabtu jam 730 pagi hingga 930 pagi.
  3. Pendaftaran Gelanggang dan Ahli- Setakat ini pendaftaran ahli telah dibuat dan borang-borang ahli telah dimajukan kepada Setiausaha PSSGM Negeri untuk tindakan seterusnya.
  4. Perancangan aktiviti tahun 2011- Majlis Perlimau Tapak dan Kenaikan Bengkung.
  5. Baju T-Gayong.
Semoga segala yang dirancang dan diusahakan ini, mendapat keredhaan ALLAH s.w.t dan semoga semua AJK dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Miri ini....Amin.